Bagi mengelak daripada gangguan makhluk halus, amalkanlah membaca al-Quranpada setiap hari terutamanya surah al-Baqarah, membaca ayat Kursi setiapkali selepas solat fardhu, sering membaca 3 Qul(surah al-Ikhlas, surahal-Falaq dan surah al-Nas).
Thursday, November 15, 2012
Makhlus halus Vs Anda?
Saya
di lahirkan di dalam keluarga yang Allah berikan ujian gangguan makhluk
halus dan saka.Dengan ujian itu,kami sekeluarga lebih mendekati
Allah..Kami sudah berubat diserata tempat dan pernah merasa kecewa.Kami
lupa.itu adalah dugaan dariNya.Kini,kami berubat dengan cara kami
sendiri dengan mengamalkan bacaan Al-Quran.Jika kami terlupa untuk
berbuat demikina sebelum tidur,mula lah kami bermimpi yang
aneh-aneh.Kononnya di ajar oleh orang alim dengan ayat-ayat
Al-quran..padahal sebaliknya..Kami adik beradik di kalangan perempuan
pula bermimpi di rogol dan melahirkan anak.Kesan daripada mimpi itu,
kami akan kelihatan kurang bermaya dan badan kami di penuhi dengan
lebam-lebam sebesar syiling 50 sen…Masyarakat setempat menuduh kami
membela dan kadang-kadang,mereka terlihat lembaga berdiri atau duduk di
atas bumbung rumah.Setahu saya,ibu dan ayah saya tidak pernah
mengamalkan ilmu itu,apatah lagi membela.Itu sudah ternyata perbuatan
syirik yang Allah sendiri menegah sekaras-kerasnya kepada
hambaNya.Mungkin nenek moyang kami yang kekurangan ilmu agama suatu masa
dahulu, menganggap ilmu itu penting bagi kepentingan mereka.Pernah
suatu ketika dahulu,kakak saya di tolak dan di tarik sejadahnya oleh
satu kuasa ketika dia sedang solat.Kami adik beradik sering ditindih
ketika tidur,tambahan pula,jika kami ke suatu tempat untuk bermalam
misalnya, kami sering ternampak atau bermimpi dengan makhluk yang berada
di situ sama ada ia menceritakan bagaimana ia meninggal atau
sebaliknya.Bolehkah tuan berikan nasihat dan ayat-ayat Al-Quran yang
perlu kami amalkan dan mengubati dengan sendiri tanpa pergi berubat
dengan bomoh yang pada hari ini ramai yang bertopengkan dengan ayat-ayat
Al-Quran, rupa-rupanya,menyeleweng.Bantulah kami.
Bagi mengelak daripada gangguan makhluk halus, amalkanlah membaca al-Quranpada setiap hari terutamanya surah al-Baqarah, membaca ayat Kursi setiapkali selepas solat fardhu, sering membaca 3 Qul(surah al-Ikhlas, surahal-Falaq dan surah al-Nas).
Bagi mengelak daripada gangguan makhluk halus, amalkanlah membaca al-Quranpada setiap hari terutamanya surah al-Baqarah, membaca ayat Kursi setiapkali selepas solat fardhu, sering membaca 3 Qul(surah al-Ikhlas, surahal-Falaq dan surah al-Nas).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment