Pindah Rumah Baru?? Bulan,hari apakah yang baik?
Mari kita baca soal jawab agama seperti di bawah:-
Apa amalan yang baik untuk berpindah masuk ke sesebuah rumah?
Tidak dinyatakan secara khusus adab-adab ketika berpindah
rumah.Sebaik-baiknya basuh dahulu rumah yang kita ingin duduki tersebut,
adakansedikit majlis bacaan yasin dan tahlil untuk arwah keluarga yang telahmeninggal dunia dengan dibuat
kenduri doa selamat untuk menjemput jirantetangga yang berhampiran
untuk mudah kita berkenalan di antara satu samalain.
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya berkenaan dengan urusan pindah
ke rumah baru. Saya bercadang berpindah ke rumah baru dan ingin
mengetahui hari yang baik/sesuai untuk berpindah. Ada pendapat seorang
rakan mengatakan berpindah di bulan Muharam tidak digalakkan kerana
boleh membawa musibah. Adakah tarikh baik atau tarikh yang membawa
musibah (berpindah ke rumah baru, berkahwin dll) adalah pemahaman zaman
Jahiliyyah dan boleh membawa kepada syirik.Harap pihak tuan dapat
memberi sedikit panduan & penjelasan untuk kebaikkan… Sekian, terima
kasih. Wassalam.
Bulan Muharram adalah bermulanya tahun baru Hijri bagi umat Islam.
Tidakada sebarang nas al-Quran dan al-Sunnah yang menunjukkan
laranganmelakukan sesuatu yang baik dalam bulan Muharram seperti
berpindah rumah,yang dilarang ialah berperang atau melakukan sebarang
keganasan ataupermusuhan terhadap orang lain terutamanya terhadap umat Islam.Walau
pun tiada masa dan hari yang ditentukan untuk berpindah rumah,panel
mencadangkan supaya saudara berpindah pada hari jumaat supayamendapat
keberkatan pada hari tersebut kerana pada hari itu merupakanpenghulu
bagi semua hari.
assalamualaikum ustaz, saya akan berpindah ke rumah baru pada hujung
bulan ini. sehubungan itu, boleh ustaz dapatkan saya doa untuk masuk ke
rumah baru.terima kasih
Waalaikumussalam,Nabi SAW menyarankan kepada sesiapa yang ingin memasuki rumah baru supayamembaca surah al-Baqarah agar dapat menghindari gangguan makhluk halus.
Bagaimanakah cara dan apakah ayat atau surah yang boleh mengubati
histeria.Apakah ayat yang perlu digunakan untuk memagari dari
hantu/syaitan yang mengganggu rumah/kawasan kediaman kita..dengan cara
menabur garam kasar/beras kunyit atau sebagainya.
Untuk menghindarkan daripada gangguan makhuk halus di antara cara-caranya:i- membaca Al-Fatihahii-membaca 3 Qul (Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Anas)iii-membaca ayat Kursiiv- membaca seluruh Surah Al-Baqarah, (ayat 1-286).
Assalaummualaikum. Saya ingin bertanya tentang Tahlil an pembacaan
surah yaasin.Kebiasaannya, orang Melayu Islam suka untuk mengadakan
Manjlis Tahlil dan bacaan surah yaasin apabila masuk rumah baru, apabila
penubuhan perniagaan baru dan sebagainya. Dan sekaligus mentahlilkan
org yg sudah meniggal dunia. Apakah hukum nye perbuatan ini? Adakah ia
di benarkan? Digalakkan? atau Tidak elok sama sekali? Apakah perkera yg
terbaik utk Muslim lakukan apabila ingin bersyukur kerana masuk rumah
baru atau meraikan kejayaan anak dalam peperiksaan dan sebagai nye?
Bilakah waktu yg sesuai/ majlis yg sepatutnye utk kita membaca surah
yaasin beramai ramai?Terima kasih.
Wa’alaikumusslam wrt. wrt.,Membaca tahlil dan surah Yasin
apabila memasuki rumah baru, merayakankejayaan dan sebagainya adalah
diharuskan. Apabila seseorang mendapatsesuatu nikmat. maka ia digalakkan
untuk bersyukur dengan mengadakan sujudsyukur serta melakukan
kerja-kerja amal kebajikan yang lain sepertibersedekah, memberi makan
orang miskin dan sebagainya. Manakala waktunyabergantung kepada keadaan
dan kelapangan seseorang.
No comments:
Post a Comment