HIJRAH
Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut
pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri
terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan
MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika
tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik
dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar
cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu
berada dalam selamat.
SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya
perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak,
kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu,
sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya
ianya akan mendatangkan hasil.
RABIULAWAL
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi
orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang
suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan
mudah marah.
RABIULAKHIR
Perwatakannya jahat.
Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya,
kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi
sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam
mendidiknya.
JAMADIL AWAL
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad,
kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu,
keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang
menemui kegagalan juga.
JAMADIL AKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada
padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah
mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan
tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya
dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika
betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang
tuanya.
REJAB
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya
dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika
sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu
menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil.
Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.
SYA’ABAN
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus.
Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan
kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang
padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya
danmudah mendapat rezeki.
RAMADHAN
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman
yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu
selamat.
SYAWAL
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh
orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya
perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya
itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras
hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari
rezeki.
ZULKAEDAH
Perwatakannya
pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia
banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat
hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak
berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya
bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang
yang memuaskan.
ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia
terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah
dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya,
kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia
tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik
buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan
kurang pertimbangan.
http://budriez.wordpress.com/category/ingin-tahu-tarikh-lahir-anda-dalam-bulan-islam-perilaku/
No comments:
Post a Comment