Hey ouls!.....
Berkaitan perkahwinan… tahun 2012, kalau ouls sedar ramai
yang memilih tahun nie utk berkahwin…
Betulkan?
Motif pilih tahun 2012 nie? Ape sebabnya?
Adakah sebab 2012 adalah numbor tahun yg cantik?
Betulkah? ? ?
Atau jodoh mereka sudah sampai….?
Bagi pendapat saya, itulah jodoh…
Allah tentukan jodoh setiap manusia dan ia bukan berkaitan pemilihan
tahun perkahwinan.
Ok.. Mari kita lihat ape peranan ibu bapa dlm menyengerakan
perkahwinan utk anak2 yang belom berkahwin nie yer….
Jeng jeng ….
Memaparkan indahnya
perkahwinan
Ibu bapa ni perlu mempamerkan suasana bahagia dan berkasih
sayg dlam berumah tangga. Barulah terasa indahnya hidup berkeluarga hingga
anak-anak mahu ingin merasainya dan segera berkahwin yer.
“tapi kalau bawah
umur tidak boleh segera sgt yer”.
Mencarikan jodoh
untuk anak
Sesetengah anak perlukan inisiatif dan dorongan drpd ibu
bapa dlam mencari jodoh. Kebanyakan anak2 ni tak membuka mulut tetapi ibu bapa
perlu faham bahawa anak ni berharap membantunya memilih jodoh yg sesuai.
Paling tidak pon, ibu bapa boleh berbincg dari hati ke hati
dgn anak mengenai calon suami atau isteri yang anak mahukan. Then, ibu bapa
boleh menyesuaikan kemahuan anak dan kemahuan ibu bapa sendiri dengan kehendak
agama.
Sekiranya anak2 mempunyai calon sendiri, restuilah pilihan
mereka. Berlapang dada dengan pilihan hati mereka, lebih2 lagi jika calon yang
di bawa itu baik akhlak dan agamanya meskipun terdapat kekurangan yg lain.
Memotivasikan anak
mengatasi halangan utk berkahwin
Masalah anak muda dlm soal perkahwinan adalah tidak yakin
dengan soal rezeki. Mereka terlalu memikirkan ketidakcukupan kewangan utk
belanja perkahwinan.
Mereka juga bimbang tidak dapat menampung belanja sara hidup
setelah bekahwin terutamanya anak lelaki…” anak perempuan juga nya sebenarnya”
Ibu bapa boleh memotivasikan anak dengan mengajak meletakkan
sasaran usia tertentu utk mereka mendirikan rumah tangga. Dengan ini, ibu bapa
boleh membantu mencapai sasaran tersebut.
“sambil2 itu, anak2 kumpul duit cepat2 yer”
Membantu anak mempersiapkan
diri dengan ilmu
Yang ni penting, seusia awal
dan lebih penting bila anak sudah mencapai usia untuk berkahwin, diajar
untuk memikul amanah dan tanggungjawab sebagai isteri atau suami, ilmu-ilmu
asas islam perlu diketahui.
Anak2 perlu didedahkan dengan majlis2 ilmu, membaca sumber2
keislaman dalam hal seperti ini.
“Tahu ja la anak
sekarg nie sudah tidak tahu tentg hal seperti ni”.
Memudahkan urusan
perkahwinan itu sendiri
Agama islam itu mudah dan tidak menyusahkan . Apabila anak2
sudah sampai jodohnya, jangan pula ibu bapa jadi batu penghalang. Misalnya,
hantaran yg diletakkan terlalu tinggi bagi anak perempuan. Yang penting soal
keberkatan dan majlis tersebut diredhai dan dirahmati Allah.
Urusan perkahwinan perlu dipermudahkan, perlu berlapang dada
dalam soal belanja hantaran dan kenduri kendara. Usahalah mengikut kemampuan,
jika perlu berbincang antara kedua2 belah pihak berbincanglah dgn dada yang
lapang.
Apa yang penting, cepatkan urusan jodoh dan majlis
perkahwinan, di sini dapat memelihara kehormatan diri anak2, seterusnya menjaga
nasab keturunan yang diharap melahirkan generasi yg soleh dan solehah.
Perkahwinan awal juga mempercepatkan kematangan anak-anak.
Lazimnya anak2 yg berkahwinawal ni lebih memahami pengorbanan yg ibu bapa lalui
untuk anak2 selama ni. Perkahwinan awal juga proses melatih sifat berdikari dan
kepimpinan, khususnya bagi anak lelaki dalm memimpin keluarga.
“bergantung juga pada anak perempuan yg ada komitmen
keluarga”.
Itulah antara peranan ibu bapa ya..... *pada ibu bapa semua, fahamilah isi hati anak2 mu*
Pada yg belom sampai jodohnya, jangan putus asa... jika kita berdoa berharap jodoh yang baik utk kita, insyaAllah, Allah akan bantu.
C u.......